Sabtu, 25 Mei 2013

EKOSISTEM DINAMIK
 
 
 
 
 
Biosis mempunyai 3 jenis :-
 
@ KOMENSALISME (KAMI)
 
@ MUTUALISME (MAHU)
 
@ PARASITISME (PERGI)
 
 
~ KOMENSALISME ialah interaksi antara 2 organisma yang mana satu organisma  (KOMENSAL) untung manakala satu lagi (PERUMAH) tidak untung dan tidak rugi.Haiwan komensal disebut EPIZOIT manakala tumbuhan komensal disebut EPIFIT.
 
CONTOHNYA :~
** TERITIP DENGAN KETAM
    > Teritip (epizoit) melekatkan diri di atas cenkerang ketam dan menerima penggangkutan percuma
       daripada ketam.
 
 
~MUTUALISME ialah interaksi 2 organisma yang mana kedua-dua organisma untung.
 
CONTOHNYA :~
**BURAN LAUT MELINDUNGI UMANG-UMANG
    > Buran laut melekat pada cenkerang umang-umang.Ia memperoleh sisa makanan dan  
        penggangkutan daripada umang-umang.Umang-umang mendapat perlindungan daripada buran
        yang mempunyai penyegat beracun.
 
~PARASITISME ialah 2 organisma yang mana satu organisma (parasit) mendapat faedah manakala
  satu lagi (perumah) rugi.
 
 
@ Parasit mempunyai 2 jenis iaitu ENDOPARASIT dan EKTOPARASIT.
    > ENDOPARASIT ialah parasit yang hidup di dalam badan perumahnya.Contohnya, cacing peta
       dan cacing gelang yang menyerap makanan daripada usus manusia.
    >EKTOPARASIT ialah parasit yang hidup pada permukaan luar perumahnya.Contohnya,
      kutu kepala,kutu babi,pepijat dan refflesia.